Sunday, August 8, 2010
Demam Selesema
Pada minggu lepas iaitu pada 2 Ogos sehingga 6 Ogos saya telah mengalami demam selesema yang sangat teruk. Saya tidak larat untuk bangun pergi ke kelas. Tidak larat untuk makan mandi dan bercakap2. Saya tidak pergi ke kelas selama 4 hari sejak hari Isnin. Saya hanya pergi ke kelas pada hari Jumaat itu pun terpaksa kerana kumpulan assignment saya ada mengorganize satu talk yang dikira sebagai markah assignment. Jadi saya terpaksa hadir. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu sangat2 kepada housemates saya yang telah banyak membantu saya sepanjang saya sakit. Mereka sangat mengambil berat terhadap kesihatan saya sepanjang minggu lalu. Mereka akan selalu masuk ke bilik saya untuk melihat keadaan saya adakah saya bertambah baik adakah saya lapar dan sebagainya. Yang paling saya terharu adalah ketika saya hendak pergi ke klinik. Mereka semua pimpin tangan saya beramai-ramai dan pergi ke klinik bersama-sama saya. Bayangkanlah pesakit seorang je tapi pergi klinik macam rombongan. Bila saya dah habis jumpa doktor kami pun pulang beramai-ramai juga macam rombongan sekali lagi. Bila saya nak makan mereka pergi belikan sup2. Belikan air 100plus la dan macam2. Ibu dan Abah pun ada datang Shah Alam pada rabu malam kerana risaukan kesihatan saya. Ibu dan Abah datang dari jauh dan luangkan masa untuk memicit2 badan dan kepala saya selama sejam. Saya sangat terharu. Ibu bawakan bubur dan makanan2 lain juga. Kemudian ibu mengajak saya pulang ke rumah supaya ibu dapat menjaga saya dengan lebih elok tetapi saya menolak kerana saya ingin ke kelas. Terima kasih ibu dan abah ♥ :) Terima kasih juga kepada Syahir dan Syaifful Aizan kerana sudi melawat saya ketika saya demam dan bawakkan untuk saya coklat cadbury, mars dan air badak. haha. (air badak tu kelaka) Untuk budak2 rumah saya Nana, Yana, Ida, Shida, Ain dan Nana dua Terima kasih tak terhingga di atas keprihatinan anda dan kasih sayang yang anda berikan selama saya sakit. Saya sayang anda sangat-sangat-sangat. Doa-doakan saya cepat sembuh ye sebab sekarang saya masih rasa pening2 lagi. ILOVEYOUALLSOMUCH ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kami semua terpaksa lakukan semua ini,kerana tiada kamu,tiadalah rumah ini..semoga cepat sembuh..
WETRYTOFORCINGLOVEYOUSOMUCHMUCH!haha
cis ko ida nak kene ke haaa :p
oit,cpt2 sembuh...budakumah rindu...muahahahaha
Post a Comment