Rasa macam tak percaya abang long dah takde. Arwah baik sangat. Peramah sama macam Mak Long. Tadi jumpa Kak Ina isteri abang long rasa kagum sangat sebab Kak Ina tabah sangat tak menangis pun. Bayangkan ramai datang jumpa dia peluk semua tapi dia tak menangis langsung. Yang paling kesian tengok anak sulung abang long Irfan. Dia tak cakap satu apa pun. Dah senyap je dalam rumah. Selama ni tak pernah-pernah saya teringin nak tengok berita kat TV tapi selama dua hari ni saya lah orang paling excited ternanti-nanti berita. Segala channel berita kat TV Astro Awani la Bernama TV la TV3 RTM semua berita pun kami sekeluarga asyik tengok berulang-ulang kali dan setiap kali gambar abang long ada setiap kali tu la hati saya sebak. Sedih sangat lagi-lagi bila tengok Mak long kena interview tu. Yang paling sedih time Mak long cerita kat kami pasal ada satu ayat dalam Al-Quran elok kita baca bila umur kita 40tahun. Mak long cakap kat ibu time ibu mengaji, "Ni ayat ni bagus Su, kita baca bila umur kita 40tahun. Nanti bila Ijoi punya birthday bulan 11 akak nak bagi ayat ni kat dia" Tapi nampaknya hajat Mak long tak sempat. Sedih sangat dengar. Birthday abang long dah la sama dengan birthday adik bongsu dia, Kak anis :'(
Jalan depan rumah saya memang dah kena tutup sejak Sabtu, khemah dipasang di depan rumah, segala Menteri yang ada pun datang rumah Mak long. Yang saya sempat jumpa Dato Sharizat Jalil dengan Datin Seri Rosmah. Tapi ibu cakap yang datang ramai lagi, Mukhriz anak Mahathir, Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim, Menteri Belia Sukan, Datuk Seri Najib and banyak lagi. Depan rumah I penuh dengan segala reporter yang tumpang plug dekat rumah saya. Baru la saya tahu perasaan dikejar reporter walaupun bukan saya yang dikejar tapi perasaan tu merimaskan. Time jenazah sampai kat rumah reporter tak dibenarkan masuk, tapi reporter semua masuk jugak sampai ada adegan tolak menolak camera semua. Anyway, Alhamdulillah jenazah Noramfaizul Mohd Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM selepas Zohor tadi. Saya dan ibu dan adik-adik tak pergi ke kubur sebab tolong jaga rumah Mak long. Abah dengan Syafiq je yang pegi.

Dato Sharizat Jalil datang hari Sabtu
Jenazah sampai ke rumah captured by abah

Jenazah sampai ke dalam rumah
Takziah diucapkan kepada keluarga Pak long, Mak long, Kak Ina serta adik-adik abang long, Kak ngah, Kak lang, Kak teh, Kak cik dan Kak anis. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Arwah abang long ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman dan soleh.
Al-Fatihah.

7 comments:
al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..
mimie nampak ayah kak Amalina time tengok berita tadi. takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah.
shida: Al-Fatihah
mimie: oh ada ke? x perasan pulak :) Al-Fatihah
sedara ko ea nina??takziah ea..alfatihah..
takla zira. ni jiran sebelah rumah aku
aah myra pun sebak sgt tgk MakLong...T_T sayu jeww bila maklong cakap dia sayang anak..sayang sgt =( touching sgt2... Kite doakan maklong kuat kan semngat.....
tula. sekarang ni kesian family mak long. nampak diorg penat tapi org asek datang x stop2.
Post a Comment