Call me Nina. 23 years old. UiTM Shah Alam's degree student. A food, yellow and monkey lover and a camwhore. I love my family. This blog is my public diary full with stories about my life with beautiful and wonderful people around me. Simple, don't read it if you don't like it :)

Saturday, September 3, 2011

Al-Fatihah buat Jurukamera BERNAMA TV

Al-Fatihah buat Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BERNAMA TV yang terbunuh di Somalia akibat terkena tembakan peluru sesat ketika menjalankan tugas.

Beliau adalah anak jiran sebelah rumah kami yang kami panggil abang long. Anak Mak Long yang telah saya kenal sejak saya kecil lagi. Family Mak Long memang baik sangat dengan kami sehingga kami rasakan yang kami ni mempunyai pertalian keluarga. Saya dan adik-adik saya serta ibu saya belajar mengaji dengan Mak Long. Anak-anak Mak Long semuanya kami kenal rapat sejak kecil. Bila terdengar tentang berita ini saya amat terkejut. Tak sangka tweet yang hangat pada malam tadi tentang ucapan takziah kepada jurukamera BERNAMA adalah takziah kepada abang long. Saya dan adik saya tidak sangka kerana kami memang tidak tahu nama sebenar beliau kerana selama ini kami hanya memanggil beliau abang long. Sekali lagi Al-Fatihah kepada abang long. Diharap keluarga Mak long sabar dan tabah menghadapi ujian di bulan Syawal ini. Al-Fatihah.


Lagi berita tentang arwah:

Berita Harian (ada gambar abah dengan ibu)

No comments: